MAKLUMAT SEKOLAH

SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYATUL IMAN BANDAR TASIK PUTERI RAWANG SELANGOR - SRITI DI RAWANG SEKOLAH RENDAH ISLAM SWASTA DI RAWANG -SEKOLAH RENDAH ISLAM JAKIM DI NEGERI SELANGOR

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYATUL IMAN
KOD DAFTAR SEKOLAH JAKIM : BJJ7018

Alamat Premis Sekolah : No.44, Jalan 7/9, Bandar Tasik Puteri, 48020 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

Sejarah Penubuhan Sekolah Rendah Islam Hidayatul Iman (SRIHI)

Sekolah Rendah Islam Hidayatul Iman atau lebih dikenali sebagai SRIHI ditubuhkan pada tahun 2007. Pada asalnya sekolah ini merupakan tadika Islam (Taski ABIM).

Atas permintaan ibu bapa dan penduduk setempat beragama islam yang semakin padat, sekolah agama di bawah jabatan agama Islam (JAIS) tidak dapat menampung permintaan untuk anak-anak mereka bersekolah agama. Maka tertubuh lah Sekolah Rendah Islam Hidayatul Iman. Tujuan penubuhan ini adalah untuk menyediakan pendidikan Islam lanjutan bagi kanak-kanak selepas pra sekolah (TASKA/TADIKA), dengan fokus kepada hafalan Al-Quran dan Fardu Ain.

Pada tahun 2024, bilangan pelajar SRIHI telah mencapai seramai 130 pelajar.

Kini SRIHI telah membuktikan serta menandakan komitmen yang lebih besar dalam menyediakan pendidikan Islam holistik yang meliputi pelbagai aspek ilmu agama dan akademik.

Perkembangan Sekolah

Sejak penubuhannya, SRI Hidayatul Iman telah berkembang pesat dan kini mempunyai 1 cawangan di M Residence, Rawang dan 1 lagi di Ampang. SRIHI akan terus memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan pendidikan masyarakat setempat.

SRIHI dan cawangan sedia ada telah melahirkan lebih 3,000 alumni yang telah berjaya dalam pelbagai bidang, membuktikan kejayaan dan kesan positif pendidikan yang diberikan oleh sekolah ini.

Pengurusan dan Operasi

SRI Hidayatul Iman diuruskan oleh Lembaga Pengurusan Sekolah dan dikawal selia oleh Jabatan Pendidikan Islam Jais. Lembaga Pengurusan Sekolah SRIHI telah merangka untuk bertindak sebagai sebuah syarikat yang fokus kepada operasi dan pengurusan sekolah-sekolah swasta dengan model perniagaan sosial. SRIHI akan cuba mencari dana luar dan tidak mengharapkan sepenuhnya kepada yuran persekolahan. SRIHI diharapkan akan lebih berdedikasi dalam menyediakan pendidikan Islam yang berkualiti dan berpatutan, sambil memupuk pembangunan akhlak dan kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar.

VISI SEKOLAH

Melahirkan generasi Al – Quran

MOTO SEKOLAH

Al-Quran penyuluh hidup

MISI SEKOLAH

-Membina kemahiran membaca, menghafal dan menulis Al-Quran

-Membina kemahiran untuk memahami pendidikan asas – asas agama dalam bidang Al-Quran, Hadis, Feqah, Akidah dan Akhlak

-Membina kemahiran menghayati asas – asas pelajaran agama yang amali seperti wudhuk, solat fardhu, solat sunat dan doa – doa.

-Memupuk perasaan cinta kepada Allah, Rasul dan Al – Quran

-Menyemai budaya suka membaca Al – Quran dengan memenuhi adab – adabnya.

-Menarik perhatian pelajar terhadap kepentingan hubungan Bahasa Arab dengan Al – Quran dan hubungan Jawi dengan Bahasa Melayu

Share/ Kongsi, Mohon Sebarkan

Facebook
X
Telegram
WhatsApp
//
Kami sedia menjawab persoalan anda
👋Assalamualaikum, apa yang kami boleh bantu anda
Scroll to Top